Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.
Sana sini bercerita tentang bila kah Pilihanraya Umum yg ke 13 akan diadakan, ada yang mengatakan pada bulan Januari, ada yg berkata mungkin dalam bulan Mac dan ada yg mengatakan ia akan diadakan pada bulan Mei 2012. Biar bila pun PRU 13 akan diadakan, ia pasti diadakan pada bila-bila masa yg terdekat ini. Hanya Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak saja yg tahu jawapan nya.
DUN N14, Machang Bubok adalah terletak di kawasan Parlimen Bukit Mertajam dan ia adalah kawasan yg paling besar berbanding dua lagi DUN ia itu Berapit dan Padang Lallang.
Bagi Kerusi DUN N14, Machang Bubok, BN yg diwakili oleh GERAKAN telah menampilkan Datuk Lee Kah Choon untuk bertanding mengantikan Datuk Dr Toh Kin Woon. Datuk Lee Kah Choon bekas Ahli Parlimen Jelutong adalah salah seorang bakal Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN terus berkuasa di Pulau Pinang. Sementara Pembangkang meletakkan calon PKR yg juga Ketua PKR Bukit Mertajam YB Tan Hock Leong sebagai calon mereka.
Dalam Pilihanraya yg lalu calon dari PKR iaitu YB Tan Hock Leong telah di pilih mengalahkan calon dari BN/GERAKAN dengan majoriti 4080 undi. Calon PKR memperolehi undi sebanyak 11,002 undi manakala calon BN hanya memperolehi 6,922 undi.
Sekiranya Barisan Nasional masih berminat untuk merampas kembali kerusi DUN N14 bakal calon yg akan dilantik mestilah seorang muka baru yang berwibawa dan masih suci dalam arena politik. Mengikut tradisi kerusi DUN N14 adalah milik Parti GERAKAN dan di harap Parti tersebut dapat mengemukakan seorang tokoh Muda yg berkerja kuat dan sentiasa berdamping dengan Rakyat di kawasan ini.
Sekiranya BN masih mengekalkan Orang Lama sebagai calon biarpun dari mana-mana parti kemungkinan besar kerusi N14 akan kekal ditangan Pakatan Pembangkang.
Pengundi di kawasan ini bijak menilai dan akan memilih seorang tokoh muda yang BERSIH, BERWIBAWA dan selalu mendampingi mereka sebagai wakil rakyat untuk mewakili mereka di DUN Pulau Pinang.
Pengundi DUN 14 Machang Bubok tunggu siapakah bakal Calon yang akan Mewakili Mereka.
No comments:
Post a Comment
Sendiri Berani Tulis, Sendiri Berani Tanggung,N14 DUN Machang Bubok tak bertanggungjawab terhadap apa yang hampa tulis.
SENDIRI MAU INGAT LOO....